
Dilema si gadis setiap hari bukan sahaja perihal pakaian dan solekan, gaya rambut juga menjadi isu yang bosan untuk difikirkan. Ada orang sampai setahun gaya rambutnya sama sahaja, kalau tak diikat, dibiar lepas. Teman lelaki pun dah pandai tegur, “Awak ni malas ke macam mana? Cubalah berani sikit stailkan rambut”.
Sebenarnya anda boleh tukar gaya rambut tanpa perlu memotong pun, cuma tambah sedikit kreativiti dan kerajinan baru lah kena dengan jiwa si gadis fashionista! Sesuai dengan portal Wanista, penulis sediakan 7 gaya rambut untuk anda tukar gaya selama 7 hari.
Hari Isnin : The High Ponytail
Hari Isnin biasanya ramai yang mengalami sindrom ‘Monday Blues’. Nyahkan sindrom negatif itu dengan ikatan tinggi ponytail, biar aura ‘tinggi’ itu mengatakan anda bersedia untuk minggu yang sibuk ini!
Hari Selasa : Berbelah Tengah
Kekal tenang dengan belahan tengah rambut, wajah anda pun nampak rileks dengan penampilan sebegini. Tak kisahlah rambut anda panjang atau sederhana pendek, dua-dua pun cantik.
Hari Rabu : Berombak Kerinting
Inilah masanya untuk anda kembali beraksi ‘panas’ dengan hair curler! Rugi kalau beli mahal-mahal tapi tak guna, hari rabu apa kata anda sedikit rajin menambah gelora ombak pada rambut. Ada sedikit gaya ceria dan seksi pada hari ini.
Hari Khamis : Tocang Lembut
Anda boleh sorok kerinting rambut hari Rabu dengan menjalin tocang pada hari Khamis, bijak tak? Kemungkinan anda sibuk pada hari-hari terakhir minggu, jadi rambut tocang memastikan anda tampak kemas sepanjang masa.
Hari Jumaat : Elegan Bun
Wanista tahu, malam hujung minggu pasti anda ada temu janji makan malam dengan si dia. Kali ini biar si dia terkejut melihat sisi anggun dan elegan anda, siapa kata anda ni pemalas nak bergaya?
Hari Sabtu : Kemas Dibelakang
Hari Sabtu anda sudah tersedia dengan aktiviti mengemas dan beriadah bersama keluarga? Jangan risau, gaya rapi kemas menyikat rambut kebelakang sesuai untuk anda bersiap cepat. Cuma sediakan hair spray untuk mengekalkan gaya sepanjang hari.
Hari Ahad : Ikatan Skaf
Rock atau manis? Anda boleh serlah dua karakter ini dengan ikatan skaf yang berbeza pada rambut. Nasihat Wanista, pastikan skaf dan pakaian anda ada mix match baru lah okay!
Kan dah beritahu, kalau kreatif banyak jer cara nak nampak cantik!