
Jenama modest wear, UMMA yang sebati dalam kalangan wanita Muslimah Malaysia kini kembali dengan sembilan koleksi barunya.
Daripada tudung hingga ke inner, setiap satunya menampilkan gaya sofistikated dan trendy; mencerminkan gaya wanita Muslimah moden masa kini. Lihat di bawah;
-
NEEJA (INNER NECK)
Inner neck yang menutupi seluruh kawasan wajah dan leher ini diperbuat daripada Bamboo Jersey; memberi kesejukan, kelembutan dan keselesaan pada si pemakai.
- Foto – UMMA
Bahagian dalamnya pula meregang menjadikan inner neck ini sesuai untuk setiap jenis bentuk muka.
-
ALEKA
- Foto – UMMA
Dihadirkan dalam 5 warna, tudung Aleka ini direka bentuk dengan bunga yang lembut dan halus; diperbuat daripada komposisi garisan yang berbeza.
-
IZHAR
- Foto – UMMA
Koleksi cetakan Izhar yang didatangkan dalam jenis bawal dan shawl; menampilkan gubahan bunga yang manis dan sopan diperbuat daripada semua warna.
-
SULAM KIRANA
- Foto – UMMA
Koleksi shawl sulaman Kirana menawarkan sulaman bunga see-through yang sesuai untuk mereka yang mahu sentuhan baru dan nampak anggun.
-
HANIYYA (TUDUNG INSTANT)
- Foto – UMMA
UMMA perkenalkan rangkaian tudung sarung instant pertama yang diperbuat daripada premium moss crepe ini disempurkan dengan overlock dan kemasan single stich. Bukan itu saja, tudung instant ini sangat selesa, sejuk, breathable dan strechy.
-
HAJAA
- Foto – UMMA
Menggunakan fabrik cotton voile yang berkualiti, tudung bawal Hajaa ini menampilkan 13 warna yang sangat menarik! Kalau kamu nak awning terbentuk cantik dan kemas, kena dapatkan satu okay?
-
TETRIS
- Foto – UMMA
Diperbuat daripada material Matte Satin, Tetris Square ini mudah dibentuk dan digayakan bagi peminat bawal. Untuk pencinta shawl, Tetris Shawl menggunakan Satin Silk iaitu fabrik yang memastikan setiap lipatan nampak flowy cantik.
-
AMAZON
- Foto – UMMA
Cotton voile square yang pertama daripada UMMA; diinspirasikan oleh alam semula jadi dan pemandangan kehidupan amazon. Terdapat 6 pilihan warna yang berbeza, tudung ini sesuai untuk mereka yang sukakan corak bold dalam fesyen harian.
-
BOTANICA
Diperbuat daripada satin matte, koleksi Botanica ini menampilkan corak abstrak yang berunsurkan daun, pasu, jubin dan bentuk tidak sekata. Tersedia dalam 5 warna, dapatkan koleksi ini sama ada shawl atau bawal.
- Foto – UMMA
Buat yang tercari-cari tudung baru untuk Hari Raya Haji nanti, dapatkan koleksi UMMA yang baru ini okay!
The post Pakai Raya Haji Nanti, Koleksi Baru UMMA Ini Pasti Kamu Tak Mahu Terlepas! appeared first on Diva MY.