Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Koleksi Jam Tangan TIME FOR ME x adidas Originals Serlah Gaya Vintaj Ke Moden

$
0
0

Timex Group, peneraju dalam pembuatan jam mengumumkan global kempen TIME FOR Me untuk adidas Originals Timepieces, sempena pelancaran koleksi pertama yang direka, dihasil dan diedar oleh Timex Group.

Kempen ‘TIME FOR ME’ mencerminkan kehidupan yang dinamik, spontan dan jujur dari Young Creative, memperjuangkan keperibadian dan ekspresi diri mereka yang unik.

Koleksi ini menggambarkan cara jam tangan boleh menambah potensi kreatif baru untuk mengekspresikan lagi gaya individu dan menjadi satu lagi aksesori penting kepada cara hidup Young Creative.

Setiap satu jam tangan dalam koleksi menggabungkan kepakaran pembuatan jam dan reka bentuk Timex Group sorta inspirasi budaya jalanan adidas Originals.

Concrete Junglists – DIGITAL ONE GMT tertumpu kepada gaya hidup Young Creatives yang tinggal di bandar, mudah menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden.

Foto – Time For Me x Adidas Originals

Reeewind Time – DIGITAL TWO menggabungkan getaran digital retro 80-an dengan bakat moden untuk mewakili ekspresi muzik Young Creative.

Foto – Time For Me x Adidas Originals

Sustainably Strapped – PROJECT ONE merupakan jam tangan semula jadi yang merangkumi bahan lestasi yang diperbuat daripanya, tanpa memerlukan bateri kerana ia menyala sendiri menggunakan cahaya matahari.

Foto – Time For Me x Adidas Originals

Game On The Go – PROJECT TWO memfokuskan pada gaya jalanan ‘setiap hari’ untuk Young Creatives, ia menggabungkan sikap pakaian jalanan dengan keselesaan setiap hari.

Foto – Time For Me x Adidas Originals

Semua jam tangan boleh didapati di Solartime.com, pada harga runcit RM 299 – RM 449.

The post Koleksi Jam Tangan TIME FOR ME x adidas Originals Serlah Gaya Vintaj Ke Moden appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271