
Tak dinafikan ramai yang menunggu kedatangan duta jenama barang kemas Itali, Bulgari iaitu BLACKPINK Lisa. Kedatangannya ke Paris itu bertujuan untuk menghadiri “Eden The Garden of Wonders”, persembahan terbaru barang kemas Bulgari.
Lisa menarik perhatian orang ramai apabila dia secara kebetulannya memakai set pakaian berona kuning yang sama seperti Anne Hathway. Rapper BLACKPINK ini juga duduk di barisan hadapan, selari dengan Anne dan Priyanka Chopra yang juga duta kepada Bulgari.
- Foto – Twitter / @priyankachopra (IG)
Untuk majlis tersebut, Lisa telah mengenakan set padanan berona kuning di mana bandeau dan column skirt miliknya itu daripada jenama Korea iaitu Pinkong. Manakala kasut tingginya pula daripada Alexander Vauthier.
Penampilan ketika majlis itu dilengkapkan dengan aksesori barang kemas berlian daripada Bulgari. Lisa memakai rantai leher dan anting-anting daripada rangkaian B.ZERO1 dan Diva’s Dream.
Tapi apa yang membuatkan orang ramai teruja dengan Lisa selain kehadirannya adalah rambutnya! Ye, tak ada bang seperti sebelum ini.
- Foto – @pinkong_official (IG)
Dia yang berambut blonde dengan potongan pendek itu telah menyisirkan rambut ke bahagian tepi untuk menunjukkan dahinya. Gayanya itu diperincikan dengan solekan subltle cat-eye dan bibirnya pula memakai lip gloss berona merah jambu.
Walaupun nampak simple, tapi memang cantiklah gaya rambutnya kali ini. Nampak sangat berbeza!
The post Penampilan ‘Rare’ BLACKPINK Lisa Di Pameran Bulgari Buat Ramai Teruja appeared first on Diva MY.