
Nak reward diri sendiri, atau sedang mencari barangan berharga untuk orang tersayang. Hah, kamu memang datang dekat tempat yang betul!
Sekarang jenama barang kemas mewah TOUS sedang mengadakan jualan besar-besaran. TOUS kini sedang mengadakan kempen jualan global mereka, iaitu TOUS Days.
TOUS Days membolehkan kamu pengguna setia untuk membeli barang kemas mewah, aksesori, jam tangan, minyak wangi, beg dan dompet pada harga diskaun sehingga 40%.
Untuk kempen TOUS Days tahun ini, jenama mewah itu memberi tumpuan pada palet yang lebih meriah dan berwarna-warni. Koleksi Good Vibes hingga Nocturne, antara yang akan ditampilkan sebagai sebahagian daripada jualan.
TOUS Days berlangsung sekarang hingga 12 Jun 2022 di cawangan TOUS Pavilion, Bangsar Village 2, Sunway Pyramid dan kedai dalam talian rasmi mereka di Shopee, Lazada dan Zalora.
Bukan selalu TOUS mengadakan jualan murah, jadi berkunjung ke stor mereka sekarang. Jangan sesekali lepaskan peluang keemasan ini. Enjoy!
The post TOUS Days Untuk Kamu! Jenama Aksesori Mewah Ini Buat Jualan Murah appeared first on Diva MY.