Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Gucci Umum IU Sebagai Duta Global, Menyertai Lee Jung-jae & Shin Min-a

$
0
0

Giliran IU pula menyertai barisan duta global jenama Gucci.

Selepas penampilan sulung di Festival Filem Cannes yang menakjubkan, IU kembali menjadi bualan ramai. Pemuzik dan pelakon Korea Selatan itu secara rasminya dipilih menjadi duta global yang baru Gucci, menyertai pelakon Lee Jung-jae dan Shin Min-a.

Iu, atau nama sebenarnya Lee Ji-eun sebelum ini telah menunjukkan kerjasamanya dengan rumah fesyen Itali. Dia sering menyiarkan gambar dirinya memakai beg dan pakaian Gucci di Instagram.

Pada majlis penutup Festival Filem Cannes, IU memakai gaun tulle berwarna hijau sage. Gaun ini mempunyai perincian kelopak berenda di pergelangan tangan, taburan bunga labuci dan kristal, serta tali pinggang sutera  Duchesse.

Melalui persembahan yang hebat sebagai ibu muda dalam filem Broker, IU mendapat pengiktirafan dan pujian ramai.

The post Gucci Umum IU Sebagai Duta Global, Menyertai Lee Jung-jae & Shin Min-a appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271