Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Cover Rolling Stone, Fesyen BLACKPINK Buatkan Ramai Terpesona!

$
0
0

Minggu lepas BLACKPINK telah mencapai satu lagi kejayaan dalam kerjaya mereka. Iaitu menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama yang muncul di muka depan majalan terkemuka Amerika Syarikat, Rolling Stone.

Setiap satu gambar penggambaran Rolling Stone yang dikongsi membuatkan ramai yang teruja dan terpesona dengan fesyen setiap ahlinya. Makin seksi dan sangat bergaya berbanding sebelum ini!

Tanpa perlu mengenakan ball gowns, BLACKPINK berjaya menunjukkan sisi yang lebih chic, berani dan ‘memberontak’. Sementara Jennie dan Lisa memilih untuk menunjukkan garis bahu dan pinggang yang kecil, Jisoo dan Rosé pula memilih gaya solekan ala Barat yang menggunakan palet nude.

Untuk gaya setiap ahli BLACKPINK yang lebih terperinci, jom lihat di bawah;

JENNIE 

Menjadi pusat perhatian dengan warna rambutnya iaitu oren terang, Jennie memilih gaun korset daripada koleksi Fail 2021 Jean Paul Gaultier. Gaun yang diinspirasikan oleh korset itu menyerlahkan lagi bentuk badannya, manakala slit di bahagian bawah memberikan ilusi kaki yang lebih panjang.

Foto – Twitter

Selain daripada itu, beberapa gambar Jennie yang lain menampilkan pilihan pakaian daripada;

Foto – Twitter
  • Chanel Cross Cuff | Chloé Fitted Off Shoulder
  • Chanel 2021/22 Métiers D’Art Look 24

JISOO 

Jisoo memilih gaya chic yang lebih sederhana berbanding yang lain dengan turtle neck top berona merah daripada Courreges yang dipadankan dengan skirt kulit hitam Courreges dan anting-anting Cartier.

Foto – Twitter

Untuk gambar solonya dan bersama kumpulan, Jisoo mengenakan pakaian daripada;

Foto – Twitter
  • Alexander McQueen Sky Polyfaile Midi Dress
  • DIOR Corset, Stand Collar Sweater, Wrap Miniskirt

LISA

Lain daripada yang lain, Lisa memilih seluang longgar berona silver Songe Creux dengan perincian pinggang silang dengan bra top berona hijau milik Ganni.

Foto – Twitter

Gambar solonya pula, Lisa memilih;

Foto – Twitter
  • Mugler Casey Cadwallader (Custom) | Jimmy Choo x Mugler Sock Otk Boot
  • Bulgari  Zero1Ring | Celine Silk Jersey Vest Top, Polly Jeans

ROSÉ

Memberikan vibe ala-ala punk, Rosé mengenakan korset hitam daripada Dion Lee dan juga but klasik Dr. Martens. Untuk gambar solonya, Rosé memilih gaun slit pendek Mugler daripada koleksi FW2021.

Foto – Twitter

Sangat berbeza dan cantik kan!

The post Cover Rolling Stone, Fesyen BLACKPINK Buatkan Ramai Terpesona! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271