
Peruncit global UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi UNIQLO dan MARNI, kerjasama pertamanya dengan jenama fesyen mewah Itali.
Kerjasama yang ditunggu-tunggu telah menghasilkan koleksi yang berani dan penuh dengan keseronokan, dalam gaya MARNI yang tersendiri.
- Foto – UNIQLO x MARNI
UNIQLO LifeWear dikenali dengan reka bentuk praktikal, manakala MARNI dalam bentuk unik dan cetakan berwarna-warni. Kedua-dua ini disatukan dalam almari pakaian yang segar dan baru, serta boleh dinikmati oleh semua orang sebagai pakaian harian.
Francesco Risso, Pengarah Kreatif MARNI, berkata;
“Saya sangat teruja dengan kerjasama ini sejak awal. Sepanjang keseluruhan proses, kami sentiasa memperjuangkan etika dan integriti yang teletak di sebalik visi jenama. Memberikan tafsiran kami tentang UNIQLO LifeWear melalui cadangan yang sedikit di luar kotak yang menggabungkan pakaian yang direka dengan sempurna. Saya sangat berharap bahawa pemakai berasa baik, dan bebas.
- Foto – UNIQLO x MARNI
- Foto – UNIQLO x MARNI
Koleksi UNIQLO x MARNI boleh didapati di UNIQLO Fahrenheit88 Store dan dalam talian www.uniqlo.com bermula akhir Mei.
The post UNIQLO Lancar Koleksi Pertama Dengan Jenama Mewah MARNI appeared first on Diva MY.