Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Suka Gaya Jalanan Hailey Bieber, Item Ini Kamu Kena Ada

$
0
0

Siapa sukakan stail jalanan Hailey Bieber? Becauce, we are! Kali ini penulis ingin fokus pada fesyen Hailey Bieber yang banyak menjadi tumpuan.

Wanita muda ini tidak keluar rumah dengan fesyen biasa-biasa tapi pasti ada satu atau dua helaian berjenama. Jika kamu merupakan peminat Hailey dan teringin nak melaram sepertinya, ini beberapa item perlu ada.

Hoodies Paling Selesa

Foto – Pinterest

Setiap kali keluar rumah, si cantik ini acapkali menyarung hoodies. Sama ada dipakai begitu sahaja atau dipadankan dengan jeans, tights, skirts. Rasanya ini must-have item si Hailey.

Kekal Trend Dengan Biker Short

Selain Jenner, Kardashian, Hadid, Hailey sering dilihat memakai short pendek ini. Memang cukup menarik, lagi pula dipadankan bersama hoodies atau oversized sweater.

Pakaian Luar Yang Besar

Foto – Pinterest

Sama ada flannel, cardigan, jaket, blazer – yang penting baju luar Hailey selalunya bersaiz besar supaya nampak lagi trendy.

Seluar Sukan Pilihan Peribadi

Sama ada tight atau tracksuit, penulis rasa ini seluar kegemaran Hailey. Tak digayakan ala sporty, disuntik elemen maskulin pula.

Kaca Mata Hitam

Foto – Pinterest

Kaca mata kini diangkat sebagai aksesori mesti ada untuk semua golongan baik lelaki mahupun wanita. Dengan kaca mata penampilan yang biasa terus jadi stailo dan luar biasa!

Sneakers

Bila diteliti, pilihan fesyen Hailey lebih ke arah gaya boyish. Jadi tidak hairan dia miliki koleksi sneakers yang pelbagai reka dan jenama.

Jadi kepada peminat Hailey, sekarang boleh mula meniru fesyennya. Yang mana item tidak ada di almari, boleh pergi beli.

The post Suka Gaya Jalanan Hailey Bieber, Item Ini Kamu Kena Ada appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271