
Kalau kamu sejenis yang suka mengangkut semua barang, beg jenis tote adalah pilihan yang baik. Kamu boleh bawa ke pejabat, shopping mall dan ke mana sahaja. Jadi, kenapa tidak kamu berbelanja sedikit untuk beg tote ini.
Ia adalah Icare Maxi Shopping Bag in Quilted Lambskin dari Saint Laurent. Rumah fesyen Perancis kini memperkenalkan beg bersaiz besar jenis tote yang akan menjadi kegemaran kamu.
- Foto – YSL
Icare bersaiz antara 15 ke 16 inci diperbuat dari kulit kambing, dengan plat logo Saint Laurent di depan menghiasi siluet hitam itu. Dua panel di sepanjang sisi lipat untuk perubahan reka bentuk dan ruang tambahan.
Ciri-ciri Icare adalah beg untuk wanita yang aktif, yang sentiasa membawa banyak barang bersama mereka. Contohnya untuk mak-mak yang sentiasa dengan beg diaper anak-anak boleh menggantikan beg nylon atau kanvas tahan lasak mereka.
- Foto – YSL
Dan untuk kegunaan harian. Kenapa kamu perlu membawa beg laptop ekstra sedangkan kamu boleh tayangkan Saint Laurent Icare ini. Nampak lebih eksklusif dan mewah sekali penampilan kamu.
Laptop, diaper, dan barang peribadi, Icare boleh membawa semuanya!
- Foto – YSL
Icare Maxi Shopping Bag kini boleh didapati di butik Saint Laurent dan dalam talian.
The post Saint Laurent Icare, Beg Tangan Pilihan Selebriti Sekarang appeared first on Diva MY.