Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

6 Dompet Classy & Mewah Ini Cukup Sesuai Untuk Wanita Berusia

$
0
0

Tatkala ramai yang berkejar memilih beg tangan, anda disini masih dalam mood mencari dompet khas untuk mengisi wang ringgit, pelbagai kad peribadi dan resit-resit lama.

Dompet juga sangat dekat untuk dijadikan aksesori bagi wanita yang sudah berusia. Terutamanya untuk mak atau kakak yang mula melewati usia 40-an dan 50-an. Bukan apa, bawa dompet bukan sahaja praktikal tapi lebih minimal dalam penggayaan. Jadi tak perlu mengusung beg tangan yang kadang kala kelihatan membebankan.

Bagi pembaca DIVA yang ingin window shopping dompet buat mak, kakak, teman baik atau diri sendiri. Rekaan pilihan dompet dibawah bakal memenuhi kriteria anda dari segi jenama dan kualiti.

#1 Dior Caro Wallet [BELI]

Cukup classy dompet kulit dari Christian Dior ini. Tekstur dompet dijahit dengan corak ikonik Cannage, ditambah pula dengan logo penarik mata ‘CD’ dibahagian hadapan. Dompet panjang ini mempunyai dua ruang penyimpanan wang kertas, 12 ruang slot kad dan poket berzip. Bayangkan anda mengepit dompet Dior Caro walaupun ketika menghadiri majlis kasual, sudah membangkitkan aura anggun dan elegan.

Foto – DIOR

#2 Versace La Medusa Continental Wallet [BELI]

Dompet mewah Versace ini diperbuat dari 100% kulit yang tahan lama dan lasak. Walaupun kelihatan ringkas seperti dompet berzip yang lain. Ia antara boleh menjadi aset koleksi dompet mewah. Terdapat lima warna pilihan dan setiap dari padanya mempunyai logo La Medusa.

Foto – Versace

#3 Fendi O’Lock Long Wallet [BELI]

Dompet dari Fendi cukup luas dengan pelbagai ruang penyimpanan. Menarik di hati DIVA ialah ia penuh dengan monogram ‘F’ berwarna coklat dan emas. Ternyata dompet ini boleh dijadikan sebagai clutch juga sangat sepadan dengan apa jua busana.

Foto – Fendi

#4 Prada Large Saffiano Leather Wallet [BELI]

Prada jenama yang paling dekat untuk wanita berusia, ia sentiasa membawa aura klasik dan hebat. Dompet ini diperbuat dari material Saffiano iaitu kulit pilihan tradisional Prada. Logo dan nama jenama pula diletakkan dibahagian depan dompet. Rekaan ruang simpan wang kertas, duit syiling dan poket kad yang banyak memudahkan urusan harian anda.

Foto – Prada

#5 Valentino Rockstud Grainy Calfskin Zippered Wallet [BELI]

Rekaan dompet berzip dari Valentino ini sangat ringkas tetapi masih menggunakan butang stud glamour yang menghiasi hujung dompet. Terdapat dua warna yang disediakan iaitu beige dan hitam. Siapa yang suka bergaya dengan jeans dan t-shirt tapi tak nak bawa beg tangan. Dompet Valentino boleh dijadikan sebagai alternatif.

Foto – Valentino

#6 Gucci Ophidia GG Zip Around Wallet [BELI]

Siapa yang suka dompet branded, mesti ada dompet Gucci bercorak monogram ‘GG’ yang bermotifkan jalur ‘Web’. Dompet ini dikenali sebagai aksesori timeless dari Gucci yang dipadankan dengan beg tangan Ophidia yang lain. Nampak kecil tapi ia boleh memuatkan 12 kad, tiga ruang simpan wang kertas dan poket berzip untuk duit syiling.

Foto – Gucci

Anda boleh jadikan seleksi pilihan dompet diatas juga sebagai hadiah Hari Ibu akan datang. Selamat membeli-belah!

The post 6 Dompet Classy & Mewah Ini Cukup Sesuai Untuk Wanita Berusia appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271