Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Trend Pakai ‘Pinky Ring’, DIVA Ajar Pilih Cincin Yang Sesuai

$
0
0

Pinky ring atau signet ring agak jarang didengar oleh stail fesyen tempatan. Ia lebih terarah pada fesyen barat terutamanya Eropah. Ini kerana pemakaian cincin pada jari kelingking dahulunya berkait dengan soal status dan kekayaan kaum lelaki di sana.

Namun kini, pinky ring lebih digayakan sebagai trend fesyen dan para wanita juga tidak ketinggalan menyarung cincin di jari paling kecil itu.

Foto – Irish Mirror

Simbolik pinky ring pada wanita bermula ketika era 20-an dan 30-an, dimana ia gelombang pertama feminis. Pemakaian cincin pada jari kelingking bagi wanita membawa maksud mencintai diri sendiri.

Anda pun nak mula tiru pakai pinky ring? Ikuti bingkisan ringkas DIVA pilihan rekaan cincin yang sesuai untuk jari kelingking anda.

  • Signet ring

Rekaan yang paling tepat untuk pinky ring ialah signet ring atau dalam Bahasa Malaysia, cincin tanda. Ia cincin kosong dan pada bahagian atas cincin biasa diukir dengan huruf, nombor atau apa sahaja corak yang melambangkan identiti seseorang.

Foto – Hello Magazine

Signet ring dipakai pada jari kelingking pada tangan bukan dominan. Jadi jika anda seorang yang kidal, pakai signet ring pada jari kelingking tangan kanan anda.

  • Cincin emas paling sesuai

Tak salah pun untuk ganti dengan cincin tanda perak atau platinum tapi cincin emas klasik lebih tepat. Kita pun tahu cincin emas lebih tahan lasak dan dapat memberi tanggapan yang lebih besar.

Foto – sonyalanzas.com
  • Bentuk signet ring

Jika anda mahu ikut gaya klasik signet ring boleh pilih samada bentuk bujur atau segi empat. Bagi stail lebih moden, sudah banyak pinky ring yang dihasilkan dengan batu permata, potongan lilitan dan banyak lagi. Ia terpulang pada citarasa anda.

Foto – Dinny Hall

Terasa nak bermain dengan cincin sebagai aksesori pertama anda. Stail pinky ring sangat sesuai untuk identiti wanita bekerjaya, berdikari dan berani seperti anda!

The post Trend Pakai ‘Pinky Ring’, DIVA Ajar Pilih Cincin Yang Sesuai appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271