Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Menurut Zodiak Beg Tangan Mewah Ini Sesuai Dengan Kamu

$
0
0

Adakah kamu tahu bahawa zodiak, tenaga dan aura adalah perkara yang saling berkait? Disebabkan oleh itu apa yang dipilih, dilakukan atau terjadi dalam hidup, semuanya berlaku kerana ciri-ciri zodiak kamu.

Untuk entri kali ini, DIVA nak kongsikan beg tangan mewah apakah yang sesuai berdasarkan zodiak kamu. Daripada jenama FENDI, Gucci hingga ke Balenciaga, semak di bawah beg apa yang sesuai untuk kamu;

AQUARIUS: Balenciaga City Bag 

Foto – Pinterest

Untuk si Aquarius yang sukakan lakukan apa yang mereka mahu tanpa memikirkan apa kata orang lain, beg pilihannya mestilah Balenciaga City Bag. Bukan sahaja nampak gaya mahal, si Aquarius juga boleh tonjolkan gaya pilihannya dengan yakin.

PISCES: Saint Laurent Rive Gauche Tote 

Foto – Pinterest

Bagi Pisces pula beg tangan yang sesuai dengannya adalah Saint Laurent Rive Gauche Tote. Beg yang ada banyak ruang simpanan ini sangat praktikal dan tepat untuk si Pisces yang sukakan pengembaraan.

ARIES: Bottega Veneta Cassete 

Foto – Pinterest

Bila pakai beg Bottega Veneta Cassete ini, Aries akan nampak sangat mewah dan menonjol. Didatangi pula dalam pelbagai warna, memang sesuai sangatlah dengan zodiak berasaskan api ini.

TAURUS: Gucci Jackie 

Foto – Pinterest

Dikenali dengan pilihan klasik dan perincian yang unik, beg bahu Gucci Jackie ini adalah pilihan terbaik untuk Taurus. Selepas popular digayakan oleh First Lady Jackie Kennedy, beg ini telah dikemas kini dalam beberapa tekstur, jalur warna dan corak.

GEMINI: FENDI Baguette 

Foto – Pinterest

Siapa yang tengok siri Sex And The City, pasti familiar dengan beg FENDI Baguette ini. Beg baju ini sangat sesuai untuk Gemini kerana warna-warnanya yang cerah, tekstur, corak dan siluet yang unik akan berikan gaya yang berbeza.

CANCER: Chanel Flap Bag 

Foto – Pinterest

Cancer kebiasaannya dikenali sebagai seorang yang sukakan padanan tradisional dan model dalam satu masa. Jadi Chanel Flap Bag ini sangat sesuai untuk mereka. Tapi DIVA syorkan untuk Cancer dapatkan beg berwarna pastel sama ada kuning, merah jambu atau biru kerana warna ini nampak perfect pada gaya mereka.

LEO: Louis Vuitton x Murakami 

Foto – Pinterest

Leo? Seorang yang sukakan gaya yang statement dan paling menonjol dalam khalayak ramai! Untuk beg tangan, beg Louis Vuitton x Murakami yang berwarna-warni pelangi sesuai untuk zodiak ini.

VIRGO: Prada Nylon Backpack 

Foto – Pinterest

Sangat berfungsi dan mudah untuk digayakan, beg Prada Nylon ini direka daripada kanvas serta tahan lama. Jadi sesuai untuk perwatakan Virgo yang workaholic, teratur dan bercita-cita tinggi.

LIBRA: Celine Box Bag 

Foto – Pinterest

Libra pula zodiak yang sukakan beg ringkas tapi masih ada kelasnya, jadi beg Celine Box adalah beg yang sesuai untuknya. Beg siluet berstruktur ini sebenarnya mudah diselenggara dan dipadankan dengan apa-apa gaya sekalipun.

SCORPIO: Loewe Puzzle Bag 

Foto – Pinterest

Beg asymmetrical ini berikan penampilan yang provokatif dan mewah dalam satu masa. Sesuai dengan personaliti Scorpio, seorang yang bold dan berani.

SAGITTARIUS: Dior Oblique Book Tote 

Foto – Pinterest

Sagittarius sangat terkenal dengan sifat yang sukakan pengembaraan dan cabaran. Untuk padankan dengan beg, Dior Oblique Book Tote ini adalah yang terbaik! Bersaiz besar, sesuai untuk mereka letak segala kelengkapan dalam beg ini.

CAPRICORN: Hermès Kelly 

Foto – Pinterest

“Klasik, berdikari dan kuat” – Beg tangan yang sesuai untuk Capricorn berdasarkan sifatnya adalah Hermès Kelly! Bila pakai beg klasik ini si pemakai akan berasa lebih berkeyakinan dan kebolehpercayaan.

Jadi apakah beg mewah kamu berdasarkan zodiak, cuba kongsikan dengan DIVA.

The post Menurut Zodiak Beg Tangan Mewah Ini Sesuai Dengan Kamu appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271