Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Lain Macam ‘Unik’ Koleksi Beg Tangan Hermès Untuk Musim Luruh/Sejuk 2022

$
0
0

Ada yang sudah melihat ke pertunjukan fesyen daripada Hermes baru-baru ini?

Selain koleksi pakaian wanitanya yang menarik perhatian, DIVA sangat tertarik dengan koleksi beg tangannya untuk Musim Luruh/Sejuk. Sangat unik dan lain reka bentuknya.

Untuk info kamu, dua daripadanya merupakan reka bentuk beg tangan baru. Manakala lima beg tangan lagi diinspirasikan daripada beg ikonik Kelly.

7 Beg Tangan Baru Yang Unik Dari Hermès 

Diinspirasikan oleh beg vintaj Cadena, beg tangan ini adalah gaya yang baru dan segar. Berbentuk segi empat tepat dalam saiz mini, cuba lihat perincian ‘H’ yang moden serta zip yang memanjang. Sekali pandang nampak seperti dompet panjang pun ada.

Foto – Vogue / Hermès

Beg kedua ini merupakan beg yang diinspirasikan oleh Hermès Kelly. Beg bahu yang direka bentuk dengan segi empat tepat ini diperincikan dengan ciri baru iaitu zip. Dari hujung ke hujung, memang nampak menonjol sangat! Kalau saiznya pula mungkin sebesar Kelly Pochette atau besar sedikit.

Foto – Vogue / Farfetch

Bagi peminat Hermès yang sukakan beg bersaiz besar, ada model beg yang sama bersaiz seperti Kelly 32 atau Kelly 35. Pemegang tangannya lebih besar dan panjang, jadi boleh pakai secara silang atau di bahu sahaja. Yang lain pada beg ini, zipnya memanjang dan melilit hingga ke satu sisi dan ada clochette tergantung dari pemegang tangan.

Foto – Vogue / Allure

Nampak seperti Kelly Danse, beg tangan ini dipadukan dengan tali bahu. Boleh dipakai secara silang longgar atau ketatkan supaya terletak di bahagian dada.

Foto – Vogue / Allure

Sama saiz seperti Kelly To Go, beg tangan berbentuk segi empat tepat ini mempunyai perbezaannya iaitu tali bahu yang lebih tebal. Tali tersebut diperincikan dengan ekuestrian paladium dan saiznya boleh dikatakan sama besar seperti Kelly To Go.

Foto – Vogue / Hermès

Beg tangan ini dikatakan bakal dipanggil sebagai Kelly Sellier 20 en Desodre. Sama seperti Kelly Sellier, beg tangan ini mempunyai flap biasa yang dipasang di satu sudut dan dilindungi oleh satu sangle dan touret. Kemudian ada pula poket dan tali bahu yang tak boleh ditanggalkan.

Foto – Vogue / Hermès

Yang terakhir adalah beg tangan yang bakal digelar sebagai Birkin 30 en Desordre. Uniknya beg tangan ini ia memiliki set separuh flap di penjuru dan ada poket kecil. Dengar khabar beg tangan ini adalah variasi edisi terhad tau.

Foto – Purse Bop

Antara beg tangan Hermès di atas, yang mana satu kamu akan beli? Kalau DIVA mungkin beg tangan seperti Kelly To Go.

The post Lain Macam ‘Unik’ Koleksi Beg Tangan Hermès Untuk Musim Luruh/Sejuk 2022 appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271