
Macam sebelum-sebelum ini, bila tibanya Hari Raya pasti akan ada trend atau idea styling tudung yang berbeza. Ada yang selempang, berbelit dan ada yang letak sahaja di kepala dan siap!
Untuk edisi Hari Raya 2022 kali ini, DIVA nak kongsikan beberapa idea styling tudung. Yang penting kamu boleh nampak menarik dan paling bergaya semasa Hari Raya nanti.
Psst… Sebelum itu DIVA nak beritahu kebanyakan idea styling yang dikongsi ini merupakan inspirasi daripada seorang pengguna TikTok & IG, Sofea Shra. Nampak kemas dan terletak elok je!
#1 Gaya majlis perkahwinan tapi versi Hari Raya
@sfeashraa Reply to @sfeashraa hijab tutorial utk pegi wedding!!
Cara-caranya:
- Ambil selendang dan pastikan kedua-dua bahagian sama panjang.
- Kemudian tarik selendang rapat ke muka pada satu bahagian dan jangan tutup anting-anting.
- Pin tudung tersebut di atas anak tudung. ‘
- Di sebelah bahagian lagi, tarik dan pin di atas anak tudung. Tapi ingat ketika nak pin, pin di bahagian belakang telinga ye.
- Ambil lebihan selendang di (2) dan bawa ke belakang.
- Lebihan tudung (4) pula selempangkan di atas (5).
- Akhir sekali, ikat di bahagian belakang dan siap.
#2 Gaya 3 keronsang
@sfeashraa skillz to pay d billz
Cara-caranya:
- Samakan panjang selendang pada kedua-dua bahagian dan bawa ke belakang.
- Pin dengan kerongsang ikut keselesaan, jangan terlalu ketat dan longgar.
- Bawa lebihan selendang ke hadapan dan tarik sedikit selendang atas ke bahagian depan kepala, kemudian kerongsangkan di bawah dagu.
- Selempangkan kedua-dua bahagian ke belakang dan kerongsangkannya.
- Akhir sekali ikat di belakang dan kemaskan bahagian depan.
#3 Gaya bawal ikat belakang
@sfeashraa Reply to @matchaitcha Here you goooo
bawal from Ameera Zaini!
Cara-caranya:
- Lipat bawal menjadi tiga segi dan biarkan kedua-dua bahagian sama panjang.
- Bawa kedua-dua bahagian ke belakang dan pin.
- Selepas pin, lipat di bahagian tepi dan pin sekali lagi di atas anak tudung.
- Bawa satu bahagian ke belakang dan pin dekat kolar baju.
- Satu bahagian lagi bawa ke belakang dan ikat bersama lebihan tudung yang dipin di (4).
#4 Gaya elegan & sofistikated
@sfeashraa i breathe hijab tutorials at this point
Cara-caranya:
- Biarkan sebelah selendang pendek dan sebelah lagi panjang. Bawa ke belakang.
- Rapatkan selendang ke muka dan pin di belakang.
- Bawa lebihan selendang ke depan, lipat tepi dan pin bagi kemas.
- Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan ke atas.
- Pin di bahagian tepi, kemaskan dan siap!
#5 Gaya bawal ikat di depan
@sfeashraa Another chatty bawal tutorial for you girls
printed bawal from kuntom.kl
Cara-caranya:
- Lipat segi tiga, biarkan sebelah bahagian jadi pendek dan panjang.
- Kemudian pin di bawah dagu dan lipat ikut bentuk muka.
- Bahagian panjang tersebut lilitkan di leher dan bawa semula ke hadapan.
- Ambil bahagian pendek dan ikat bersama lebihan bahagian panjang.
- Kemaskan dengan pin jika perlu.
Sebelum putuskan gaya yang mana sesuai untuk kamu Hari Raya nanti jangan lupa untuk cuba satu-satu dulu okay?
The post #DIVAKongsi Idea Styling Tudung Untuk Hari Raya Nanti, Sekelip Mata Siap! appeared first on Diva MY.