
Tahniah buat mempelai Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz yang menamatkan zaman bujang dalam satu majlis perkahwinan penuh berprestij.
Majlis perkahwinan Brooklyn dan Nicola berlangsung di rumah agam mereka keluarga Nicola di Palm Beach, Florida. Dilaporkan majlis mereka menelan perbelanjaan sekitar 3 juta pound (RM16 juta).
Untuk hari bahagia, Nicola mempesona dalam hasil kerja tangan Valentino Haute Coute. Menurut stylist Nicola, Leslie Fremar, gaun tersebut mengekalkan ciri-ciri tradisional dan paling cantik pernah dilihatnya.
“Pelbagai lakaran, fabrik dan sulaman untuk mencipta gaun impian Nicola. Kesederhanaan dalam gaun itu sangat mengagumkan.
“Kami tidak mahu terlalu banyak perincian, jadi kami akhirnya menghapuskan sulaman. Sebaliknya menambah renda Perancis pada sarung tangan dan train meleret yang terletak di atas gaun. Menjadi busana satu ‘karya seni’ yang memukau sekali,” ujar Leslie Fremar.
Pasangan itu bertukar ikrar di hadapan seorang rabbi di bawah chuppah yang dihias bunga dalam upacara tradisional Yahudi, sebagai penghormatan kepada warisan Nicola Peltz.
The post Hasil Kerja Tangan Valentino Menjadikan Nicola Peltz Pengantin Paling Mempesona appeared first on Diva MY.