Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

“Get Set, Play!”- Lacoste X Minecraft Bawa Dunia Permainan Maya Ke Realiti

$
0
0

Rasa nak cari gaya baru yang lebih unik dan berbeza daripada sebelum ini? Apa kata kamu dapatkan koleksi Lacoste X Minecraft sekarang!

Dilancarkan pada pertengahan bulan Mac 2022 di Paris, koleksi Lacoste X Minecraft menampilkan 35 item. Koleksinya ini sebenarnya direka khas untuk peminat permainan maya terutamanya Minecraft.

Foto – Lacoste X Minecraft

Jika diperhatikan dengan teliti, keseluruhan koleksi ini mempunyai motif Lacoste dan Minecraft yang menjadi simbolik pada kolaborasi ini. Setiap itemnya pula dihiasi dengan grafik pixel Minecraft.

Foto – Lacoste X Minecraft

Dalam koleksi ini kamu boleh dapatkan item seperti klasik Lacoste iaitu printed polo, sweatshirt monokrom dan topi. Manakala pakaian sukan pula adalah sports bra dan tapered leggings.

Foto – Lacoste X Minecraft

Uniknya koleksi Lacoste X Minecraft ini, ia mempunyai logo buaya pixel yang direka bentuk semula oleh Minecraft Creative Studio. Selain itu ada juga petikan ikonik daripada kedua-dua nama besar tersebut tentang konsep permainan.

Bersempena dengan kolaborasi ini, Minecraft telah mengeluarkan Croco Island DLC iaitu taman tema Lacoste di pulau tropika dengan pelbagai cabaran yang menyeronokkan. Croco Island DLC boleh dimuat turun secara percuma di Minecraft Marketplace.

Dapatkan koleksi penuh Lacoste X Minecraft untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak di kedai Lacoste serta secara dalam talian [BELI SINI].

The post “Get Set, Play!”- Lacoste X Minecraft Bawa Dunia Permainan Maya Ke Realiti appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271