
Turtleneck merupakan fashion staple sepanjang zaman. Ia juga sesuai dipakai setiap musim.
Merupakan item fesyen kegemaran ikon Audrey Hepburn, turtleneck mampu membuatkan anda kelihatan lebih ramping kerana detail di leher membuat bayang anda secara keseluruhan kelihatan lebih tinggi.
Sama ada tuck in ke dalam jeans, dipasangkan dengan seluar biasa, atau dengan skirt dan dress, selebriti membuktikan turtleneck adalah item fesyen yang selesa, yang perlu ada dalam koleksi.
Basic Hitam
- Foto – Pinterest
Mulakan dengan mencari turtleneck paling basic iaitu warna hitam. Mudah untuk digayakan, malah penampilan boring bertukar sofistikated.
Putih Suci
- Foto – Pinterest
T-shirt putih merupakan item fesyen timeless, boleh dipakai sepanjang zaman pada bila-bila musim sahaja. T-shirt dengan leher potongan V, bulat, berkolar dan semestinya turtleneck.
Ceria Yang Bercorak
- Foto – Pinterest
Jika anda inginkan warna dalam penampilan, penulis cadang turtleneck yang bercorak atau sekadar yang berwarna selain putih dan hitam, seperti lilac, peachy pink dan banyak lagi warna sesuai dengan diri.
Sebaiknya dapatkan turtleneck dari fabrik yang berkualiti supaya boleh dipakai berulang kali tanpa rosak.
The post Fesyen ‘Turtleneck’ Ubah Penampilan Kamu Kepada Lebih Bergaya appeared first on Diva MY.