Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Manolo Blahnik x Birkenstock, Memang Menggoda Tengok Sandal Perincian Batu Kristal Ini

$
0
0

Bila sandal jalanan tampil mewah dengan perincian batu kristal, itu memang mega!

Bayangkan Manolo Blahnik x Birkenstock, apa kedua jenama ini akan bawakan? Macam mana sandal ini akan dipadukan bersama jenama ikonik tumit tinggi Manolo Blahnik? Masih tidak boleh dibayangkan…

Manolo Blahnik bekerjasama dengan Birkenstock pada koleksi gaya hibrid yang akan menggabungkan estetika mewah dan fesyen unggul Manolo dengan keselesaan sandal kegemaran semua orang.

“Saya sangat gembira kerana kami dapat bekerjasama, menggunakan estetika Manolo Blahnik dengan keselesaan harian Birkenstocks adalah sangat menarik.”

Koleksi ini merangkumi tiga versi berbeza bagi sandal Arizona dan clog Boston direka dalam fabrik baldu fuchsia, biru serta kulit hitam. Perincian batu kristal Manolo Blahnik menyajikan gaya glamor yang menyeronokkan.

Daripada tumit yang elegan atau sandal yang selesa, kedua jenama ini menggabungkan signature dalam siluet  mewah yang cukup indah sekali.

Foto – Manolo Blahnik x Birkenstock

Harga untuk kolaborasi ini antara $750 hingga $810. Keluaran pertama boleh didapati di www.manoloblahnik.com dan semua lokasi runcit Manolo Blahnik seluruh dunia mulai 24 Mac 2022.

The post Manolo Blahnik x Birkenstock, Memang Menggoda Tengok Sandal Perincian Batu Kristal Ini appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271