
Sejak pelancaran jam tangan menyelam pertama pada 1997, Bell & Ross kini mengeluarkan koleksi terbaru iaitu BR03-92 Diver White.
Menarik tentang koleksi Bell & Ross, jam tangan ini sesuai digunakan di kawasan perairan ais dan gunung ais. Kalis air dan berketahanan tinggi, jam tangan ini adalah pilihan terbaik untuk penyelam profesional.
Ada Spesifikasi Khas Untuk Penyelam Profesional!
Berbeza dengan jam tangan masa kini, BR03-92 Diver White mempunyai self-winding BR-CAL 302 iaitu boleh bertahan di bawah suhu yang sangat rendah.
Selain ciri kalis air, jam tangan ini juga mempunyai beberapa spesifikasi khas jam tangan menyelam mengikut standard piawaian ISO 6425 iaitu;
- Sarung jam tangan kalis air sehingga kedalaman air 300m.
- Bezel berputar satu arah digradasi selama 60 minit dengan titik cahaya pada pukul 12 untuk kiraan hentian penyahmampatan.
- Crown protector digunakan untuk menghalang manipulasi crown secara tidak sengaja dan rosak.
- Tali jam tangan dan indeks logam disalut dengan photoluminescent Super-LumiNova®.
- Pancaran warna hijau terang, kebolehbacaan kekal optimum ketika dalam air membolehkan anda melihat jam dalam gelap.
- Kristal nilam anti-reflektif pada jam tangan sangat tebal dan bahagian belakang diperkukuhkan.
Jam tangan BR03-92 dilengkapi dengan tali getah hitam yang sesuai digunakan dalam air. Berharga RM16300, jam tangan ini boleh didapati di web Bell & Ross atau di butiknya.
The post Bell & Ross Lancarkan BR03-92 White Diver, Inspirasi Dari Dunia ‘Air Beku’ appeared first on Diva MY.