Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

adidas Raikan Wanita Dengan Koleksi Ultraboost 22 Jalur Warna Berani

$
0
0

“Dari wanita dan hanya untuk wanita”- adidas Running melancarkan Ultraboost 22 yang tersedia dalam jalur warna baru.

Diilhamkan oleh pelari musim panas, Ultraboost 22 merupakan tambahan kepada francais ikonik Ultraboost.

Dicipta Untuk Tangani Diskriminasi 

Menerusi kerjasama dengan badan amal global iaitu White Ribbon, adidas mencipta satu program untuk pendedahan keselamatan wanita semasa berlari.

Foto – adidas

“Pelancaran program ini adalah komitmen kami kepada komuniti larian wanita. Misi kami adalah untuk tamatkan segala bentuk keganasan dan diskriminasi terhadap wanita.”

Untuk pengetahuan kamu, golongan wanita sering mengalami kebimbangan mengenai keselamatan mereka ketika larian. Jadi menerusi program dan Ultraboost 22, wanita dapat berlari dengan bebas tanpa ketakutan.

Rekaan Khas Untuk Wanita

Menariknya tentang program dan Ultraboost 22 ini, kasut ini telah direka khas mencipta 360° kesesuaian pada kaki wanita.

Foto – adidas

Sepenuhnya dicipta oleh pasukan wanita, adidas Ultraboost 22 ini menyediakan pelari dengan pulangan tenaga lebih 4% berbanding Ultraboos 21 kepada wanita.

Berharga RM799, jangan lupa dapatkan adidas Ultraboost 22 di adidas Brand Centre Pavilion KL, adidas Brand Centre Sunway Pyramid, aplikasi adidas dan laman web adidas.

The post adidas Raikan Wanita Dengan Koleksi Ultraboost 22 Jalur Warna Berani appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271