
Sangat bergaya, klasik dan berani! Rugi kalau tak dapatkan sepasang kaca mata terbaru daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2022 David Beckham.
Diinspirasikan oleh bandar Itali, koleksi ini merupakan koleksi yang sanagt bergaya di samping menggambarkan imej semangat percutian yang riang serta gembira.
Menerusi koleksi ini, anda boleh dapatkan dua jenis kaca mata seperti kaca mata hitam dan berbingkai optik. Kedua-duanya direka khas untuk mereka yang mempunyai cita rasa tinggi tetapi mahu kekalkan vibe vintaj dan retro.
DB 1078/S
Kaca mata berbingaki logam ini menampilkan struktur separuh rim ringan dengan kata berukir halus. Di antara bahagian hadapan dan tepinya (temple) boleh dilihat perincian Talisman yang diilhamkan daripada sayap burung.
DB 7000/S Bold
Untuk kaca mata hitam ini pula, ia dihasilkan untuk meraikan gaya kolektif selain menampilkan volume yang lebih berani pada reka bentuk segi empat samanya.
DB 7020 Bold
Kaca mata berbingkai optik sesuai untuk mereka yang mahukan gaya santai. Dengan bentuk segi empat sama dan butiran signature seperti Talisman, anda boleh lihat perinciannya di bahagian hadapan dan teras logamnya di bahagian tepi.
Untuk keseluruhan koleksi Musim Bunga/Panas 2022 David Beckham ini, dapatkannya [DI SINI]. Selamat membeli-belah!
The post “EYEWEAR by David Beckham”- Koleksi SS22 Yang Lebih Klasik & Berani Untuk Si Dia! appeared first on Diva MY.