
Jenama Paris iaitu AMI berkolaborasi dengan jenama sukan terkenal, PUMA untuk koleksi yang meraikan keluarga dan rakan.
Koleksi kerjasama terbaru ini menampilkan gabungan jahitan dan reka bentuk sukan yang lebih inovatif. Menerusi koleksi ini juga, PUMA X AMI memperkenalkan pasangan Romeo Beckham dan Mia Regan sebagai wajah depan kempennya.
Dalam kempen tersebut, pasangan ini memperagakan beberapa item seperti pakaian luar, T-shirt, hoodie dan banyak lagi. Gabungan warna nuetral dan berani dalam koleksi ini membuatkan PUMA X AMI lebih eksklusif.
Pada masa yang sama, koleksi ini juga menampilkan siluet klasik seperti Slipstream Lo, Suede Crepe dan yang terbaru adalah Suede Mayu.
Anda boleh dapatkan item lain dalam koleksi PUMA X AMI seperti kemeja-t, polos, jaket, hoodie, seluar pendek, krew, seluar, coli. Selain itu aksesori yang tersedia dalam koleksi ini adalah bucket hat, curve caps, beg bahu dan grip bag.
Koleksi PUMA X AMI akan tersedia di PUMA KLCC dan PUMA Sunway Pyramid bermula 31 Mac 2022 dengan harga runcit dari RM199-RM1599.
The post Romeo Beckham-Mia Regan Raikan Keluarga & Rakan Dengan Koleksi Eksklusif PUMA X AMI appeared first on Diva MY.