Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Chanel Persembahkan Koleksi Ikonik Tweed Untuk Musim Luruh 2022, Ini Yang Cantik!

$
0
0

Bagi pertempuran item tweed, sudah semestinya Chanel yang menang!

Selasa baru-baru ini, jenama Perancis iaitu Chanel telah mempersembahkan koleksi Musim Luruh 2022 yang memberi penghormatan kepada tweed.

Menerusi koleksi ini boleh dikatakan dari kepala hingga ke kaki, hanya set tweed sahaja yang diperagakan oleh model. Jom lihat lebih lanjut koleksi ini di bawah;

Foto – Vogue

Koleksi musim luruh yang direka oleh Virginie Viard ini telah menggunakan palet warna yang diilhamkan oleh gambaran Sungai Tweed di Scotland.

Virginie menggunakan pelbagai warna, daripada merah jambu psychedelic, ungu dan hijau kepada ton warna yang bersahaja seperti jalan desa di Istana Bamoral.

Foto – Vogue

Siluet berlapis dicampurkan dengan tweed untuk menghasilkan kardigan dan baju sejuk. Yang menarik perhatian adalah satu set tweed yang dihiasi dengan bunga kamelia, yang menjadi signature kepada jenama Chanel.

Foto – Vogue

Dalam koleksi ini, anda boleh melihat pelbagai jenis item seperti sut, skirt, jaket, seluar kulit, skirt tweed, beg tangan, slingback kitten heels, but dan bermacam-macam lagi.

Foto – Vogue
Foto – Vogue
Foto – Vogue

Info: Jaket tweed Chanel merupakan item ikonik yang paling mampan. Boleh digunapakai berulang kali sehingga beberapa generasi seterusnya.

The post Chanel Persembahkan Koleksi Ikonik Tweed Untuk Musim Luruh 2022, Ini Yang Cantik! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271