
“Looney Tunes?” – Sumpah teringat zaman kanak-kanak dulu bila lihat kolaborasi Carlo Rino dan Warner Brothers yang ini!
Menerusi kolaborasi antara dua nama besar ini, Carlo Rino memperkenalkan beberapa item yang menampilkan watak ikonik Looney Tunes.
Dalam koleksi ini, anda boleh dapatkan item seperti beg tangan, dompet dan T-shirt yang mempunyai watak Bugs Bunny, Tweety dan Daffy Duck. Lihat di bawah;
Beg tangan koleksi Looney Tunes ini dihiasi dengan corak lobak merah, frasa “What’s Up Doc?” dan juga logo kartun ini. Sesuai dipadankan dengan gaun atau pakaian sukan kasual untuk gaya yang lebih moden dan sporty.
Bagi dompetnya pula, anda boleh melihat item ini dihiasi dengan logo aksen metalik emas Carlo Rino, watak Tweety dan Daffy Duck. Yang menariknya tentang item ini, kamu boleh gayakannya dengan gantungkan di pergelangan tangan. Atau silangkannya dengan rantai emas panjang.
Akhir sekali jangan lupa untuk padankan jeans biru muda anda dengan T-shirt putih dalam koleksi Looney Tunes ini. Dengan adanya corak watak Bugs Bunny di belakang, memang nampak cool sangat!
Cadangan DIVA untuk gaya jalanan yang lebih cool dan eksklusif, padankan jeans, T-shirt Looney Tunes dan dompet silang badan. Barulah lengkap OOTD anda!
The post “Kolaborasi Carlo Rino & Warner Brothers?”- Nampak Eksklusif Koleksi Looney Tunes Edisi Terhad Ini! appeared first on Diva MY.