Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Hael Husaini Selaku Rakan Jenama Tempatan Rasmi Onitsuka Tiger

$
0
0

Onitsuka Tiger mengumumkan kolaborasi selama setahun dengan penyanyi popular, Hael Husaini untuk meraikan #YearOfTheOnitsukaTiger!

Di sini Hael dipaparkan dalam satu siri fotografi di mana menggayakan koleksi Musim Bunga/Panas 2022, hasil rekaan Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio.

Foto – Onitsuka Tiger

Helaian-helaian yang digayakan terdiri daripada seleksi pelbagai guna dan pelengkap gaya yang menampilkan cetakan haiwan dan geometri, di samping garisan melintang. Untuk padanan sepatu pula, Hael menyarungkan kasut yang nyata menarik perhatian dengan cetakan bercirikan belang harimau.

Tema fotografi ini tertumpu pada semangat harimau dalam diri Hael. Ritma koreografi sepanjang sesi ini menggambarkan himpunan Musim Bunga/ Panas 2022 dalam langkah dramatik, menyerlahkan kepelbagaian sisi dan mood Hael yang menikmati momen penggayaan dengan caranya tersendiri.

Foto – Onitsuka Tiger

“Ini merupakan satu penghormatan besar bagi diri saya untuk diiktiraf sebagai rakan jenama tempatan pertama Onitsuka Tiger Malaysia, lebih-lebih lagi pada tahun harimau!

“Gandingan ini pastinya meletakkan saya di tempat yang lebih tinggi dalam dunia fesyen, malah saya teruja untuk mencipta lebih banyak lagi dengan jenama ini dalam fesyen mahupun muzik.,” – Hael Husaini.

The post Hael Husaini Selaku Rakan Jenama Tempatan Rasmi Onitsuka Tiger appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271