
Menjadi satu-satunya cawangan terbesar di Asia Tenggara, adidas Sunway Pyramid kini menawarkan pelbagai pengalaman baru pada pelanggannya.
Menjadi satu-satunya cawangan terbesar di Asia Tenggara, adidas Sunway Pyramid kini menawarkan pelbagai pengalaman baru pada pelanggannya.
Antaranya adalah pelbagai rangkaian produk prestasi sukan, zon gaya sukan dan zon untuk customization.
Selain itu kalau kamu berkunjung ke adidas Sunway Pyramid, pastikan kamu tidak terlepas daripada 5 perkara menarik ini:
Lebih Banyak Produk Ditawarkan
Di adidas Sunway Pyramid, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis produk terbaru dalam kategori larian, training, olahraga, bola sepak dan gaya.
Pada masa yang sama, cawangan ini turut menawarkan produk seperti tenis, golf dan sukan air yang sesuai untuk lelaki dan wanita.
Penambahan Zon Kelestarian
Selaras dengan kempen tidak menggunakan plastik menjelang tahun 2024, adidas telah menambahkan zon kelestarian di cawangan ini.
Tujuannya adalah untuk mendidik pengguna tentang pencemaran plastik marin. Di zon ini ada satu bahagian struktur yang dihasilkan menggunakan kayu dan benang kitar semula.
Wujud Zon DIY
Berbeza dengan konsep kedai sukan lain, adidas Sunway Pyramid kini mewujudkan zon DIY (Do It Yourself) di mana pelanggan boleh customize barangan mereka.
Zon ini membolehkan pelanggan untuk menambah sebarang hiasan, tulisan atau sebarang cetakan pada barangan seperti kasut, baju dan sebagainya.
Bekerjasama Dengan Anak Seni Tempatan
Yang paling mengujakan, ruang khas dalam cawangan adidas ini telah mendapat sentuhan anak seni tempatan iaitu Valen Lim dari Pulau Pinang. Antaranya ruang yang direkanya adalah meja permainan ping pong yang menampilkan model kasut ikonik adidas bersama tahun pengeluarannya.
Selain itu Valen juga telah menghasilkan papan tanda yang mengandungi tiga bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Ruang terakhir yang direka oleh Valen adalah perhiasan langsir kayu yang mempamerkan logo ikonik Trefoil adidas dan lukisan model kasut yang popular.
‘Kejutan’ Untuk Pelanggan Wanita
Untuk mempelbagaikan bahagian wanita, adidas telah mewujudkan ruang yang lebih eksklusif.
Ruang untuk pelanggan wanita di adidas Sunway Pyramid ini direka dengan bentuk warna feminin, zon bilik persalinan yang lengkap dan rangkaian produk yang banyak.
Untuk maklumat lanjut kamu boleh kunjungi cawangan terbesar adidas di Sunway Pyramid iaitu LG1.18-1.20A dan G1.17-1.19.
Selain itu kamu juga boleh melayari laman web rasmi, Facebook dan Instagram adidas untuk maklumat mengenai cawangan tersebut dan maklumat terbaru adidas.
The post Brand Center Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Yang Menarik Tentang adidas Sunway Pyramid! appeared first on Wanista.com.