
Ekoran pengubahsuaian yang dilakukan, SUTL Sportsland telah melancarkan kedai Nike yang berkonsepkan Nike Rise di Pavilion Kuala Lumpur.
Nike Pavilion kini menjadi satu-satunya kedai terbesar yang menawarkan pelbagai jenis barangan sukan dan harian. Pengubahsuaian ini bertujuan untuk memberikan inspirasi pada ahli SUTL Life dan masyarakat untuk jadikan sukan sebagai tabiat harian.
Kalau Jadi Ahli Premium, Kamu Boleh Dapat…
Untuk setiap pelanggan Nike terutamanya mereka yang menjadi ahli premium, Nike Pavilion akan berikan pelbagai jenis kelebihan. Antaranya adalah mereka mendapat akses awal kepada keluaran eksklusif, pelancaran dan pelbagai acara.
Selain itu ahli premium juga boleh melakukan janji temu eksklusif untuk membeli belah dalam kedai dan mendapat penghantaran peribadi ke rumah.
Malah mereka juga boleh mengambil barangan yang dibeli di luar Nike Pavilion seperti di beberapa checkpoint yang ditetapkan dalam Pavilion.
Puasnya Beli Belah Dalam Nike Pavilion Yang Baru
Bersempena dengan pengubahsuaiannya, Nike Pavilion menawarkan lebih banyak pilihan dalam produk tempatan dan bermusim untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Bagi pelanggan yang mahu membeli kasut larian, mereka boleh mengujinya di atas treadmill terlebih dahulu sebelum membelinya.
Manakala untuk wanita pula, mereka boleh dapatkan pelbagai koleksi kasut dan pakaian. Tak kiralah kecergasan, larian, yoga, tarian mahu pun pakaian jalanan. Yang best sekali, ada perkhidmatan oleh pakar untuk bra fitting dan penggayaan peribadi.
Rugi Kalau Tak Cuba Peluang Ini Di Nike Pavilion!
Selari dengan konsep Nike Rise, Nike Pavilion telah mengeluarkan satu ilustrasi Nike By You hasil ciptaan artis tempatan iaitu Shu Yee. Dalam koleksi ini kamu boleh dapatkan pelbagai reka bentuk yang diinspirasikan oleh makanan tempatan seperti Roti Canai, Teh Tarik dan Durian.
Info untuk kamu, Nike Pavilion merupakan satu-satunya kedai yang mempunyai customization area, khas untuk pelanggan yang mahu masukkan sentuhan peribadi dalam barangan mereka.
Menerusi koleksi ini pelanggan boleh hasilkan T-Shirt dan tote bag mengikut citarasa sendiri.
Menarik sangat kan? Jadi cepat-cepat serbu Nike Pavilion untuk lebih banyak barangan yang terbaru dan trendy!
The post SUTL Sportsland Kenalkan Konsep “Nike Rise”, Nampak Lebih Meriah & Luas Nike Pavilion Kali Ini! appeared first on Wanista.com.