
Nampaknya Kim Jong-Un mengambil langkah untuk memastikan rakyat Korea Utara tidak meniru stailnya.
Pihak berkuasa Korea Utara melarang rakyatnya memakai kot trench kulit bagi mengelak mereka daripada meniru fesyen pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un. Dipetik dari Unilad, diktator itu mula bertindak keras terhadap rakyat yang mungkin cuba menirunya.
Diktator itu mula memakai kot kulit pada 2019, dan ia dengan cepat menjadi popular di kalangan orang kaya yang mampu membeli kot yang diimport dari China.
- Foto – News18
Pakai Kot Trench Kulit Plasu
Bagaimanapun, ia telah dihasilkan semula dengan kulit tiruan yang lebih murah, yang telah membuka peluang kepada populariti yang lebih meluas. Ini menyebabkan hampir setiap pasaran Korea Utara menjualnya dan lelaki muda dilihat memakai kot trench kulit palsu.
“Kot kulit mula diiktiraf sebagai simbol kuasa, peniaga pakaian persendirian meminta syarikat perdagangan mengimport kulit sintetik sejak September tahun ini.”
- Foto – The Guardian
Untuk menghentikan penjualan tiruan dan pemakainya, polis yang meronda di jalanan merampas jaket daripada penjual dan orang yang memakainya.
The post Kerana ‘Kot Kulit’, Kim Jong-un Ban Rakyat Korea Utara Tiru Stail Fesyen appeared first on Wanista.com.