Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Macam Orang Muda, Lihat Pak Cik 68 Tahun Kongsi OOTD Paling Cool Di TikTok

$
0
0

Siapa kata usia tua dah tak boleh lagi bergaya? Lihat pak cik ini, bayangkan di usia senja 68 tahun, dia masih lagi segak bergaya. Lagaknya dah macam remaja belasan tahun mengenakan sneakers yang cool.

Selalunya komuniti fesyen di TikTok dipenuhi dengan beribu-ribu video wanita yang barkongsi fesyen mereka. Jadi satu kejutan bila pak cik kelahiran Filipina yang berusia 68 tahun dikenali sebagai Dada Tabuzo menjadi tular di TikTok kerana OOTD gaya jalanannya.

Dipetik dari Preview, Dada mengatakan bahawa dia suka berdandan sejak muda lagi. Kini, dia peminat gaya generasi muda, walaupun pada mulanya agak teragak-agak untuk berpakaian sedemikian.

@dadatabuzo

stay radiant 💜 #outfitsideas #outfitinspo #pose #fyp

♬ оригинальный звук – Ann

Inspirasi Dari Influencer Jerman @bygramps

Menurut Dada, inspirasi di sebalik gayanya adalah influencer @byGramps, seorang pencipta kandungan fesyen dari Jerman, yang juga suka berpakaian persis orang muda.

Dada berkata lagi, dia tidak gemar pada jenama pereka mewah tetapi menyokong dan melabur pada jenama pakaian jalanan tempatan.

@dadatabuzo

Age is just a number, shirt from @qlothink #fyp #outfitinspo #outfitideas

♬ I like your style – ᴊᴏʀᴅᴀɴᴀᴜᴅɪᴏᴢᴢ 🦋

Hebatkan gaya pak cik ni. Respect!

The post Macam Orang Muda, Lihat Pak Cik 68 Tahun Kongsi OOTD Paling Cool Di TikTok appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271