
Selebriti dan artis sensasi Paris Hilton, dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Carter Reum, pada November. Difahamkan pasangan ini memilih untuk melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Bel-Air, California, Amerika Syarikat.
Menjelang hari pernikahannya, wanita berusia 40 tahun itu mengadakan bridal brunch bakal pengantin di kediaman peribadinya di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Sabtu (23/10) seperti yang dilaporkan oleh People.
- Foto: GuestOfGuest
Dalam acara itu, tetamu yang hadir dibahagikan kepada dua pasukan dan dikehendaki mendandan Paris dan kakak iparnya, Tessa Hilton, menggunakan tisu tandas untuk menghasilkan pakaian yang menarik.
Pasukan Paris berusaha keras untuk menghasilkan pakaian itu. Mereka membalut seluruh badan Paris dengan kertas tandas dan dapat mencipta gaun pengantin tahun 1980-an yang bergaya, lengkap dengan pelapik bahu dan mahkota.
Malah gaun daripada gulungan kertas tandas yang dipakai ke badan Paris juga mempunyai bentuk yang cantik dan kelihatan mewah apabila dipakai oleh Paris Hilton.
- Foto: @caraotaradio
- Foto: @caraotaradio
- Foto: @caraotaradio
- Foto: @caraotaradio
Ternyata, di sebalik gaun tisu tandas itu, Paris sebenarnya memakai gaun mini putih yang berpotongan renda di dadanya.
Gaya Paris sambil memakai gaun putih kemudiannya dimuat naik ke Instagram peribadinya. Beberapa peminat turut memuji gaya Paris yang kelihatan anggun walaupun hanya dililit tisu tandas.
Paris Hilton pakai apa tetap cantik!
The post Paris Hilton Tampil Dengan Gaun ‘Tisu Tandas’, Tapi Tetap Cantik & Memukau appeared first on Wanista.com.