Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Selebriti Tiru OOTD Ikonik Puteri Diana, Okay Ke Atau Biasa-Biasa

$
0
0

Walaupun Puteri Diana telah lama meninggalkan kita semua. Tapi aura, fesyen serta gaya hidup beliau kekal hingga ke hari ini.

Gaya Puteri Diana telah melampaui masa dan trend dan akan terus memberi inspirasi kepada pereka dan selebriti.

Berikut selebriti yang mengenakan OOTD ilham Puteri Diana ketika karpet merah dan fesyen jalanan. Kamu rasa mana yang cantik tak gaya mereka ke tak boleh lawan Diana?

1. Puteri Diana mengenakan gaun baldu untuk makan malam gala di White House pada tahun 1985. Angelina Jolie kemudiannya meniru fesyen ikonik di BAFTA 2018.

Foto – Getty

2. Model Emily Ratajkowski kata dalam temubual 2019 bahawa dia menjadikan Puteri Diana sebagai inspirasinya.

Foto – Getty

3. Gigi mengenakan OOTD olahraga Ralph Lauren, meningatkan kita pada stail yang sama Puteri Diana tahun 1985.

Foto – Getty

4. Hailey Bieber inspirasi gaya kasual Puteri Diana menyarung sweater dan cycling short dalam Vogue Paris.

Foto – Express Tribune

5. Pada tahun 2019, Harry Styles memakai vest cetakan kambing biri-biri. Stailnya disamakan dengan sweater Puteri Diana.

Foto – Getty

6. Pelakon Marisa Tomei mengenakan dress warna-warni ala Puteri Diana pada Anugerah Emmy 2019.

Foto – Getty

7. Pada 1989, Puteri Diana memakai skirt dan cardigan merah-ungu. Kini, Meghan Markle pula mengayakan dress dan blazer color-blocking.

Foto – Getty

8. Rihanna pernah memberitahu pengaruh Puteri Diana dalam fesyennya. Tahun 2015, Rihanna curi ilham Puteri Diana dengan menyarung slip dress gelap yang popular.

Foto – Getty

Bila dilihat, fesyen sekarang sudah lama digayakan oleh Puteri Diana. Ternyata beliau yang memulakan trend terlebih dahulu dan orang sekarang recycle semula.

Dalam banyak-banyak stail Puteri Diana, penulis paling gemar stail polkadot. Every OOTD just nice on her body.

The post Selebriti Tiru OOTD Ikonik Puteri Diana, Okay Ke Atau Biasa-Biasa appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271