Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

7 Fesyen Golden Globes 2021 Paling Cantik Dan Buruk

$
0
0

Acara berprestij Anugerah Golden Globes yang ke-78 yang diadakan pada tahun ini tetap meriah, meski majlis yang diadakan tidak seramai tahun-tahun sebelum ini atas faktor mematuhi SOP Covid-19.

Apabila menyentuh mengenai acara karpet merah seperti ini, pastinya lensa kamera tidak lari dari mengintip fesyen artis manakah yang bakal mencuri tumpuan di Golden Globes 2021 kali ini.

Dan pastinya lensa kamera yang tajam, tidak lepas dari mencari fesyen selebriti yang kurang menarik dan buruk semasa di anugerah berkenaan.

Ini antara tujuh fesyen yang paling cantik dan buruk, Wanista pernah lihat di majlis berprestij Golden Globes 2021.

Fesyen Paling Cantik

Anya Taylor-Joy

Foto – Instagram Anya Taylor-Joy

Anya kelihatan elegan menyarungkan gaun labuh berwarna hijau zamrut dari Dior, kombinasi gaun dan lengan kimono mencuri tumpuan ramai tatkala melihat fesyen Anya secara virtual di majlis berkenaan.

Regina King

Foto – Instagram Regina King

Pengarah filem ini kelihatan mengancam dengan gaun sequins warna silver dari Louis Vuitton, gaun unik seperti bentuk hati ini berjaya mencuri perhatian ramai.

Viola Davis

Foto – Instagram Viola Davis/Claude Kameni

Aktres jelita ini memilih gaun dari Claude Kameni, corak bermotifkan kipas ini mencuri tumpuan ramai dengan warna-warna terang dan panas mendominasi busana.

Nicole Kidman

Foto – Instagram Nicole Kidman/Louis Vuitton

Nicole tampak elegan menyarung gaun hitam labuh rekaan Nicholas Ghesquiere, dengan kombinasi pleated dari Louis Vuitton yang menyerlahkan lagi jelitaan aktres lagenda ini.

Lily Collins

Foto – Instagram Lily Collins

Aktres jelita Lily Collins kelihatan menawan, dengan menyarungkan gaun labuh bermotifkan daun dan bunga-bunga abstrak dari Saint Lauren.

Elle Fanning

Foto – Instagram Elle Fanning

Elle tampak mempersonakan dengan menyarung gaun satin labuh warna baby blue dari Gucci, fesyen yang digayakan cukup menawan dan sedap mata memandang.

Vanessa Kirby

Foto – Instagram Vanessa Kirby

Aktres British ini memilih gaun hitam dari Gucci sebagai busana pilihan, gaun jenis halterneck dengan potongan pada bahagian kaki gaun menyerlahkan keseksian Vanessa.

Fesyen Paling Buruk

Bryce Dallas Howard

Foto – Instagram Bryce Dallas Howard/Daily Mail

Aktres dari filem Jurassic World ini menggayakan gaun turtleneck sequins ombre dari Temperley London, fesyen yang digayakannya seperti tidak sesuai dan kurang menarik.

Awkwafina

Foto – StyleCaster/Allure

Aktres Awkwafina menggayakan gaun dari Gucci dengan motif berombak atau beralun dengan kombinasi warna nude, coklat pekat, coklat cair dan kuning. Fesyen ini membuatkan aktres comel ini kelihatan rendah dan berisi.

Rosamund Pike

Foto – Instagram Rosamund Pike

Mungkin ingin tonjolkan vibe funky dan menyeronokkan, tetapi gaun merah kembang dari Molly Goddard ini kelihatan tidak padan dengan Rosamund.

Andra Day

Foto – Instagram Andra Day

Rekaan unik gaun sutera dari Chanel yang digayakan oleh Andra ini, membuatkan bentuk tubuh penyanyi ini sedikit berisi dan skirt gaun kelihatan pelik.

Julia Garner

Foto – Instagram Julia Garner

Aktres Julia Garner menyarungkan gaun warna ivory dan hitam dari Prada menyerlahkan vibe 20an, tetapi sayang gaun tersebut tidak mempunyai potongan mengikut bentuk badan.

Sarah Paulson

Foto – Eonline

Gaun hitam kembang dari Prada ini membuatkan aktres ini membawa gaun yang berat dan sarat, mungkin ianya bukan fesyen yang terbaik untuk aktres ini.

Zuri Hall

Foto – Daily Mail

Busana two-pieces yang digayakan oleh Zuri Hall ini seperti tidak sesuai untuk acara karpet merah berprestij ini, fesyen yang digayakannya sesuai untuk majlis tari-menari dan parti.

Rasanya fesyen yang digayakan selebriti antarabangsa di anugerah Golden Globes 2021 kali ini, tiada apa yang luar biasa sangat.

Mungkin kerana pandemik dan masing-masing pun tidak begitu beria untuk menggayakan busana yang meriah atau terlalu versatil.

Rujukan: 1, 2, 3

The post 7 Fesyen Golden Globes 2021 Paling Cantik Dan Buruk appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271