Ada lelaki lebih selesa menyarung baju dari satu warna saja. Sebagai contoh, Mark Zuckerberg dengan pilihan warna kelabu. Jaranglah kita nampak beliau mengenakan warna lain. Mungkin warna kelabu ada sentimental value.
Nak tahu maksud warna baju pilihan yang lelaki pakai, Wanista godek rahsia.
Merah
- Foto – Arkib Wanista
Melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya dikhalayak ramai. Juga turut dikatakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi.
Merah Jambu
- Foto – Arkib Wanista
Biasanya mereka yang pakai baju warna merah jambu dikatakan lembut atau mat bunga. Tidak semestinya dan jangan nak kuno sangat. Kalau pasangan anda memakai baju merah jambu, mungkin dia mahu mencerminkan sifat dalamannya yang bagus, tenang dan pembersih.
Hitam
Hitam merupakan antara warna yang paling digemari dan popular dalam apa gaya sekalipun. Biasanya mereka yang suka memakai baju warna ini sukanya gaya yang elegen, mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling.
- Foto – Arkib Wanista
Warna hitam juga dikatakan kemas, simple dan versatile! Tapi ada juga negatif, di mana mereka ini dikatakan mementingkan diri dan tidak suka dikawal.
Putih
- Foto – Arkib Wanista
Putih bermaksud bersih, suci dan tidak tercemar. Ada mengatakan bahawa mereka yang gemar memakai baju berwarna putih mempunyai status sosial yang tinggi kerana ia nampak mahal. Mungkin kerana warna putih adalah warna yang sukar untuk dijaga.
Biru
Warna biru menegaskan sikap pemakainya yang boleh dipercayai dan mudah mesra. Warna ini juga boleh mengubah penampilan si pemakai kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnya.
- Foto – Arkib Wanista
Lelaki yang suka pakai warna ini, dikatakan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak suka bergaduh dan sanggup buat apa saja untuk pasangannya.
Kuning
- Foto – Arkib Wanista
Kuning dikatakan dapat merangsang visual dan pemikiran. Lelaki yang suka pakai warna ini dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik, yakin terhadap kerjaya dan masa depan beliau.
Hijau
- Foto – Arkib Wanista
Warna hijau sangat tidak asing dengan maksud warnanya yang tenang dan relaks. Mereka yang suka akan warna ini tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak mengendalikan hal kewangan!
Coklat
Suatu masa dahulu, warna coklat dikaitkan dengan gaya yang tidak formal. Tetapi sekarang tidak lagi! Ianya sudah menjadi warna alternatif untuk ke pejabat selain warna hitam, putih dan kelabu.
- Foto – Arkib Wanista
Bagi lelaki yang gemar mengenakan warna ini dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suka cakap besar, matang, bertanggungjawab dan merendah diri.
Kelabu
- Foto – Arkib Wanista
Kelabu, a touch of class. Warna kelabu mudah di suai padan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisyen, bijak dan tegas. Tapi, lelaki yang gemarkan warna ini dikatakan sukar difahami dan perlahan dalam membuat keputusan.
Anda setuju ke dengan penerangan setiap warna berikut?
The post Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki appeared first on Wanista.com.