Terpancar keceriaan dan kegembiraan wajah anak-anak, tatkala memakai baju baru yang dibeli oleh ibu bapa masing-masing.
Tapi bayangkan betapa terujanya anak apabila memakai basuna yang dihasilkan sendiri oleh ibu atau bapa mereka?
Pastinya rasa lebih terharu dan mengagumkan bukan. Inilah yang dilakukan oleh seorang bapa muda dari China, yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga demi menjahit sendiri baju untuk anak perempuannya.
Punya Bakat Terpendam Dalam Menghasilkan Pakaian
- Foto – Arkib Wanista
Siapa sangka Xu Ruiqin yang merupakan seorang bapa muda daripada wilayah Jiangxi, China ini memiliki bakat dalam menjahit pakaian dan telah menghasilkan banyak pakaian yang menarik untuk anak perempuan.
Jahit Baju Untuk Anak Sebagai Kenangan
- Foto – Arkib Wanista
Xu Ruiqin mendapat inspirasi untuk menjahit pakaian untuk anak perempuannya, berdasarkan tempat-tempat yang dirinya dan anak perempuannya lawati bersama.
Dari situ dirinya mendapat ilham untuk menjahit pakaian untuk anak perempuannya, berdasarkan tempat-tempat yang mereka kunjungi.
Dirinya berharap apabila anaknya menjadi dewasa kelak, anaknya akan mengingati memori tempat-tempat yang mereka kunjungi menerusi pakaian yang di jahitnya.
Belajar Menjahit Tanpa Guru
- Foto – Arkib Wanista
Melihat pakaian yang cukup eksklusif dan cantik ini, membuatkan ramai yang tertanya-tanya dari siapa bapa muda ini belajar menjahit pakaian.
Menerusi rakaman video dari YouTube South China Morning Post, Xu Ruiqin belajar menjahit sendiri. Dari melukis dan mewarna pakaian yang ingin di jahit, kepada memotong fabrik hinggalah menjahit pakaian semuanya dibuat sendiri dan belajar sendiri secara perlahan-lahan.
Bukan Saja Pandai Menjahit, Mekap Anak Pun Boleh
Jangan terkejut bapa muda ini bukan saja pandai menjahit pakaian yang eksklusif untuk anaknya, malah dirinya juga boleh mekap anak perempuannya mengikut tema baju yang dipakai oleh anak perempuannya. Hebat bukan!
Koleksi Pakaian Yang Di Jahit Untuk Anak Perempuannya
- Foto – Next Shark
- Foto – Next Shark
- Foto – Next Shark
- Foto – Next Shark
Memang hebat pengorbanan yang seorang bapa lakukan untuk anak, apatah lagi keinginan untuk berikan segala yang terbaik untuk anak.
Tabiklah pada bapa muda ini, boleh jadi bapa contoh!
The post Hebat Bapa Muda Jahit Lebih 100 Busana Untuk Anak Perempuan appeared first on Wanista.com.