Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Fesyen Pelik Ratu Ikonik Lady Gaga Menggemparkan Pentas VMA!

$
0
0

Cukup hebat fesyen yang Lady Gaga gayakan tatkala menghadiri acara berprestij Video Music Awards 2020 baru-baru ini.

Lady Gaga menggayakan sembilan outfit yang cukup bizarre yang bercirikan elemen futuristik untuk acara VMA tahun ini.

Meski wanita ikonik ini menghadiri acara terbesar dalam keadaan negara dihimpit dengan pandemik Covid-19, Lady Gaga tidak lupa mengadunkan elemen keselamatan dengan memadankan fesyen yang dibawanya dengan pemakaian pelitup muka sesuai mengikut outfit yang digayakannya.

Jom lihat fesyen bizzare Lady Gaga bersama pelitup muka yang ikonik di bawah!

#1 Fesyen Ala Sut Angkasa

Lady Gaga mengenakan jaket berwarna silver dari jenama Area sambil memakai helmet lutsinar dari Muscarella, outfit ini disempurnakan dengan kasut boot platform daripada Pleasers.

Foto – Arkib Wanista

#2 Fesyen Ceracak Duri

Gaun pendek berceracak duri berwarna-warni ini merupakan masterpiece daripada Iris Van Herpen, Lady Gaga menggayakan outfit ini sambil memakai pelitup muka unik berwarna merah jambu dan juga kasut boot platform dari Pleasers.

Foto – Arkib Wanista

#3 Puteri Rock & Roll

Terserlah indah gaun hijau berkilat daripada Chirstoper John Roger ini, Lady Gaga menampilkan gaya puteri ala rock & roll dengan menggandingkan gaun kembang ini bersama pelitup muka bertanduk hasil tangan Lance V Moore.

Foto – Arkib Wanista

#4 Fly Away Dengan Kot Bulu Kembang

Lady Gaga tampil unik dengan mengenakan bodysuit sequined bersama kot putih bulu kembang daripada Valentino, dengan padanan kasut jenis boot platform yang berwarna rona putih.

Selain itu, Lady Gaga juga mengenakan pelitup muka berwarna silver sedondon dengan rona warna outfit yang digayakannya.

Foto – Arkib Wanista

#5 Fesyen Ikonik Masa Depan

Lady Gaga menampilkan idea masa depannya dengan memakai jaket dari Candice Cuoco bersama bodysuit Valentino, tambah menarik Lady Gaga juga memakai choker dan bra dari Manuel Albarran.

Untuk melengkapkan gaya Lady Gaga memakai pelitup muka Maisonmet dan kasut jenis boot platform berwarna putih.

Foto – Arkib Wanista

#6 Latex Look High-Tech

Lain dari yang lain outfit yang satu ini, Lady Gaga memakai bra latex dari Vex Clothing, seluar dalam LA Roxx, stokin tight Capezio, pelitup muka dari Michael Ngo bersama Smooth Technology x Diego Montoya dan kasut Andre 1.

Foto – Arkib Wanista

#7 Outfit Fetish Yang Menggoda Jiwa

Lady Gaga memakai outfit dari Deadly Fetish Couture yang merangkumi dari bra, seluar dalam dan aksesori strap kaki dan juga pelitup muka berteknologi tinggi.

Foto – Arkib Wanista

#8 Fesyen Transformasi Rama-Rama 

Outfit Lady Gaga yang ini seperti ulat bulu yang sedang berhibernasi untuk menjadi sang rama-rama yang cantik.

Lady Gaga memakai bodysuit jenis catsuit dari jenama BCalla sambil dipadankan dengan tali pinggang Edward Avedis dan kasut tumit tinggi Saint Laurent serta pelitup muka yang canggih.

Foto – Arkib Wanista

#9 Sempoi Bergaya Dengan T-Shirt Ringkas

Lady Gaga mengakhir koleksi fesyen di majlis VMA 2020 dengan bergaya secara ringkas dengan t-shirt biasa, seluar pendek, kasut boot platform dari Pleasers dan pelitup muka berduri.

Foto – Arkib Wanista

Lady Gaga sememangnya ratu fesyen yang ikonik, ada saja idea kreatif miliknya direalisasikan menerusi fesyen. Memang tiada yang mustahil bagi wanita hebat ini!

RUJUKAN

The post Fesyen Pelik Ratu Ikonik Lady Gaga Menggemparkan Pentas VMA! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271