Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Lelaki Kena Tiru Fesyen Jalanan Park Seo Joon Yang Stailo

$
0
0

Fesyen Korea terus mendapat tempat di negara kita, terutama untuk peminat muzik K-pop atau K-drama. Setiap kali muncul dengan projek baru, ada sahaja fesyen dan stail mereka menangkap mata kita semua. Terdapat begitu banyak inspirasi gaya yang dapat kita peroleh dari idola K-pop dan bintang K-drama kegemaran kita.

Hari ini, Wanista nak bercakap pula tentang street style aktor Park Seo Joon. Sejak melakonkan watak Park Seoroyi dalam ‘Itaewoon Class’, makin ramai orang jatuh cinta dengannya. Follower di Instagram juga nampaknya makin bertambah.

Selain hebat berlakon, fesyen jalanan aktor 31 tahun ini antara yang terbaik di luar sana. Teruja melihat setiap pemilihan fesyen, penuh aesthetic dalam kombo yang disarung. Disebabkan itu, namanya selalu menjadi pilihan untuk menghadiri Minggu Fesyen.

Bila stalk Instagram, Wanista perhati Park Seo Joon acapkali menerapkan perkara ini bila berfesyen.

Gila Topi

Park Seo Joon gila topi. Dari beanie, bucket, semua ada dalam koleksinya.

View this post on Instagram

😬

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

Obses dengan Sneakers

Mungkin sama seperti kita semua, Park Seo Joon juga peminat sneakers. Bila hanya bergaya ringkas, sepasang sneakers yang bold menaikkan penampilannya. Lihat sahaja caranya gayakan koleksi Air Jordan 1 High OG Dior, stail bukan.

View this post on Instagram

Thank you @dior #dior

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

View this post on Instagram

🌰

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

Koordinasi Warna

Satu perkara yang penulis perasan, cara Park Seo Joon menyuai padan setiap item fesyen yang disarungnya. Dia tahu koordinasi warna yang sesuai, membuatkan setiap outfit kelihatan menarik sekali. Sekiranya dia tidak memakai ensemble serba hitam, Park Seo Joon akan cuba warna-warna tanah atau camo.

View this post on Instagram

아니 이제 일주일??

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

View this post on Instagram

🌰

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

Serius apa sahaja yang dipakai jejaka tinggi lampai ini, nampak elok. Tak over, just nice!

The post Lelaki Kena Tiru Fesyen Jalanan Park Seo Joon Yang Stailo appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271