Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

8 Face Mask Harga ‘Ratus-Ratus’ Orang Pakai Untuk Fesyen

$
0
0

1 Ogos 2020, kerajaan Malaysia menetapkan kewajipan dalam pemakaian pelitup muka bagi mencegah penularan virus ganas Covid-19. Dan individu yang tidak menunaikan kewajipan ini dikehendaki membayar denda RM1000.

Kerana itu, semakin banyak jenama mula menjual pelitup muka jenis fabrik. Ada yang mula menjual pelitup muka dengan tanda harga yang berpatutan, dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan menjualnya dengan harga mahal – hanya kerana jenama fesyen tersebut.

Berikut adalah pelitup muka mewah yang dibeli orang demi fesyen.

Collina Strada menjual pelitup muka yang dibuat daripada lebihan fabrik. Pelitup muka berharga $100 (RM418) mempunyai ikatan reben di telinga, menjadikan rekaan unik dan cantik.

Foto – Collina Strada

Menurut keterangan produk, cara terbaik untuk mensterilkan pelitup muka dengan mencucinya dalam air panas, menyeterika dan membiarkannya di bawah sinar matahari selama beberapa jam.

Off-White menjual tiga pelitup muka dari fabrik jenis kapas dengan harga $95 (RM397).

Foto – Off-White

Akris menjual pelitup muka yang boleh dicuci, dan dapat digunakan semula yang dibuat dari fabrik kapas tulen.

Foto – Akris

Jenama ini menjual pelitup muka pada harga $100 (RM418) dalam empat warna yang berbeza. Pelitup ini mempunyai tali yang boleh disesuaikan dengan wajah.

Pelitup muka dari jenama Roopa Pemmaraju dibuat dari fabrik kapas dan bersulam tangan. Menurut keterangan produk, pelitup muka harus dicuci tangan dengan air sejuk dan sabun.

Foto – Roopa Pemmaraju

Michael Ngo menjual pelitup muka mulai dari harga $110 hingga $500 (> RM460). Setiap pelitup muka merupakan buatan dan dhiasi perincian labuci oleh Ngo sendiri.

Foto – Michael Ngo

Pelitup muka X Suit dijual pada harga $119 (RM498). Pelitup muka mempunyai tali yang boleh disesuaikan, injap yang boleh ditanggalkan, penapis boleh ditukar ganti dan boleh dicuci dengan mesin.

Foto – X Suit

Proenza Schoulder mengeluarkan pelitup muka $100 (RM418) dibuat dari satin. Jenama tersebut mengesyorkan cucian kering atau menggunakan air sabun suam dan menggantungnya hingga kering.

Foto – Proenza Schoulder

Gucci mengeluarkan pelitup muka pelbagai warna buatan sendiri yang berharga $128 (RM536) ini dibuat dari 100% sutera dan dilapisi dengan lapisan yang lebih terang di bahagian dalamnya.

Foto – Gucci

Bukan biasa-biasa harga pelitup muka.

RUJUKAN

The post 8 Face Mask Harga ‘Ratus-Ratus’ Orang Pakai Untuk Fesyen appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271